Dera kanak-kanak | Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri

2022-03-22 3

Ibu kandung kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka, pada Jumaat pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental.